KHIDMAT JURUPERUNDING PENUBUHAN PUSAT HEMODIALISIS SWASTA/NGO
1. Syarikat kami TIDAK LAGI menyediakan perkhidmatan perunding untuk penubuhan pusat hemodialisis. MULAI 01 JUN 2024- KAMI TIDAK LAGI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PERUNDING
2. Skop perkhidmatan adalah seperti berikut:
a. Tahap 1. ZONING .
- Peraturan dan syarat -syarat zoning oleh KKM
- Latihan 200 Jam, bidang renal untuk PIC.
- Penyediaan kertas kerja permohonan Zoning.
- Pemilihan lokasi.
- Pemeriksaan bangunan. Nasihat kerja-kerja ubahsuai.
- Keperluan Jururawat post basic renal.
- Dokumen akuan bersumpah.
- Anggaran kos penubuhan.
- Keperluan/Pengiraan tenaga kerja.
- Nasihat keperluan pakar Nefro.
b. Tahap PERMOHONAN PENUBUHAN PUSAT HEMODIALISIS:
- Penyediaan Borang 1.
- Penyediaan perjanjian kontrek dengan PIC.
- Penyediaan perjanjian kontrek dengan Pakar Nefro.
- Nasihat keperluan peralatan mesen dialysis dan peralatan yang diperlukan.
- Nasihat penyediaan System RO. Latihan oleh kontraktor kepada staf/ kontrak senggaraan dan alat ganti oleh pembekal.
- Nasihat penggunaan mesin Hemodialisis dan Reprocessor. Latihan oleh pembekal kepada Staf/ kontrak senggaraan dan alatganti oleh pembekal.
- Semakan pelan lantai yang telah siap dilukis oleh arkitek yang dilantik oleh syarikat.
- Kapasiti tangki air, material tangki air dan jenis paip yg akan digunakan.
- Jenis-jenis ujian air yg diperlukan. Kekerapan ujian air RO.
- Nasihat dan cadangan mengatasi masalah keperluan modal
c. Tahap PERMOHANAN LESEN BORANG 3 :
- Penyediaan Borang 3.
- Penyediaan Perjanjian kontrak sampah berjadual, syarikat yang diberi lesen oleh Jabatan Alam Sekitar.
- Perjanjian khidmat Ambulans.
- Nasihat keperluan peralatan mesin dialisis dan peralatan lain yang diperlukan.
- Sistem RO – Perbincangan dengan kontraktor RO yg dilantik oleh syarikat.
- Penyediaan Draf polisi syarikat.
- Penyediaan Buku rekod / Buku daftar/Fail pesakit.
- Peralatan /Ubat/ senarai semak ubat utk kegunaan kecemasan.
- Perjanjian Perkhidmatan ujian makmal. Ujian air RO setiap bulan.
- Perjanjian Senggaraan Mesen Hemodilisis, Sistem RO dan Peralatan lain.
- Keperluan Analisa air RO.
d. Tahap 4: PEMERIKSAAN PERLESENAN.
- Persiapan sebelum pemeriksaan.
- Dokumen dan maklumbalas pemeriksaan
4. TEMPOH MASA: Urusan Perlesenan akan mengambil masa 14 ke 18 bulan.
5. KEPERLUAN DARI PEMILIK SYARIKAT YANG MEMERLUKAN PERKHIDMATAN JURU PERUNDING.
- a. Salah seorang dari rakan kongsi adalah Doktor Perubatan (Jika Perkongsian) – (Bukan doktor yang berkerja dengan kerajaan)
- b. Salah seorang dari pengarah syarikat adalah Doktor Perubatan (Jika syarikat sdn bhd) – (Bukan doktor yang berkerja dengan kerajaan)
- c. Bayaran yuran perlesenan kepada Kementerian Kesiharan Malaysia dibayar oleh syarikat.
- d.Perlantikan arkitek dan bayaran kepada khidmat arkitek dibayar oleh syarikat.
- e. Laporan analisa air RO. Pemilihan syarikat kos ujian dibayar oleh syarikat.
- f. Menyediakan seorang Jururawat yang telah menghadiri kursus Pos Basik Renal (PB) yang diiktiraf oleh KKM. Nisbah satu jururawat PB untuk 6 kerusi. Menyediakan seorang jururawat yang telah menghadiri kursus Post Basic Renal (PB) yang diiktiraf oleh KKM. Nisbah satu jururawat PB untuk 6 kerusi. Jika syarikat bercadang untuk membuka 12 kerusi, perlu menyediakan 2 orang Jururawat PB. ( LESEN JURURAWAT TIDAK DIGUNAKAN DITEMPAT LAIN) – BUKAN YANG KERJA KERAJAAN
- g. Menyediakan PIC, Doktor pakar dalam bidang Internal Medicine atau Paediatrics untuk menghadiri kursus 200 jam dalam latihan renal di bawah kelolaan Malaysia Society of Nephrology (MSN). Latihan dibuat di hospital berdekatan yang di senaraikan oleh MSN – Bakal Doktor PIC adalah bukan doktor yang berkerja dengan kerajaan. Tempat praktis utama Doktor ini adalah dijarak 20 km dari lokasi pusat hemodialisis yang dicadangkan. Jika tiada pakar dijarak 20 km, boleh melantik MO (Bukan doktor yang berkerja dengan kerajaan) sebagai PIC. Permohonan menghadiri latihan renal 200 jam perlu dibuat melalui KKM (akan mengambil masa untuk mendapat kelulusan KKM)
- h. Memilih lokasi pusat hemodialisis yang sesuai. Jarak 30 km dari pusat hemodialisis yang sedia ada.
- i. Menyediakan dokumen , seperti sijil sijil semua Doktor, surat akuan bersumpah, SSM dan lain lain dokumen yang perlu untuk semua permohonan di tahap 1 hingga 3 diatas.
- j. Anggaran kos penubuhan untuk 6 kerusi adalah RM 700,000.00 dan untuk 12 buah kerusi adalah RM 1.2 Juta. Cara untuk mengurangkan modal penubuhan boleh diatasi dengan pelbagai kaedah. Khidmat nasihat akan diberikan.
6. Maklumat Lanjut hubungi :
PERNIAGAAN RANTING EMAS
NO: 38, JALAN KERIS EMAS 1, TAMAN KERIS EMAS,
76300 SUNGAI UDANG MELAKA
TEL: 0123034329 (JOHARI)
Email: johariaris@yahoo.com
CATATAN:
PADA MASA INI SAYA MEMPUNYAI DUA BUAH PUSAT HEMODIALISIS SWASTA DI MELAKA. SATU DARINYA TELAH BEROPERASI LEBIH 14 TAHUN.
PUSAT HEMODILISIS NEFRO BAKTI DISIBURAN SARAWAK TELAH DIBUKA PADA SEP 2023
UNTUK PERTANYAAN PENDAFTARAN , HUBUNGI 0123034329 / 0198894329
Kemaskini pada 10 MEI 2024